Terima Kasih Ya Rabb....

Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku kesempatan untuk berpijak diatas bumi yg nyata ini.. terima kasih kerana membenarkan aku bernafas dan kurniakan kesihatan yg baik, terima kasih :)

Ya Allah ya tuhanku,
Sekiranya dia tercipta untukku, dan telah Engkau tuliskan aku miliknya, maka satukanlah hati kami, dan tetapkanlah hati kami diantara satu sama lain. Sesungguhnya ya Allah, aku terima dia sepenuhnya, sebagaimana telah Engkau ciptakan dia dan
aku mohon padaMu, kiranya perasaan kami sama, Engkau titipkanlah kerinduan diantara kami supaya kebahagiaan itu abadi, dan ya Allah, landaskanlah perhubungan kami pada jalan yang Engkau redhai, supaya dapat kami menyempurnakan agama kami. Jodohkanlah kami dan permudahkanlah segala urusan diantara kami.

Ya Allah yang maha pengasih,
Sekiranya dia bukan pemilik rusukku, bukan dia yang Engkau takdirkan untukku, maka ya Allah, Engkau bawalah dia pergi daripadaku, lupuskanlah rasa cinta dan kasihku padanya. Sesungguhnya ya Allah, peliharalah aku daripada sakitnya perpisahan dan selamatkanlah aku daripada pedihnya kekecewaan. Engkau tenangkanlah hatiku dan pasrahkanlah aku akan takdirMu.

Ya Allah yang maha mengetahui,
Sesungguhnya, hanya Engkau yang mengetahui segala yang tersirat. Walau apapun akhirnya, aku bermohon padaMu supaya dia sentiasa di dalam lindunganMu, selamatkanlah dia daripada bahana di dunia dan di akhirat nanti, permudahkanlah segala urusannya dan ya Allah, Engkau berikanlah dia yang terbaik untuk hidupnya. Bantulah dia supaya semuanya nanti seimbang, di dunia dan di akhirat. Dan ya Allah, lindungilah dia daripada kejahatan orang padanya, walau dalam bentuk apa sekalipun.

Ya Allah yang maha penyayang,
Aku pasrah atas apa yang telah Engkau tuliskan untukku. Hanya Engkau yang mengetahui segala sesuatu, maka aku bermohon padaMu, berikanlah aku yang terbaik untuk hidupku. Permudahkan segalanya untukku dan bantulah aku agar sempurna hidupku, seimbang semuanya di dunia dan di akhirat nanti. Sesungguhnya ya Allah, aku terlalu ingin bahagia, aku ingin benar-benar bahagia, maka Engkau lapangkanlah hatiku dan cukupkanlah segalanya buatku. Pertemukanlah aku dengan dia yang merinduiMu, dengan dia yang mencintaiku, lebih daripada aku mencintainya agar kebahagiaan itu milikku.

Terima Kasih Ya Allah
kerana pernah mengurniakan seorang insan sebaik dia yg pernah menghiasi perjalanan hidupku dalam mencari RedhaMu... berilah kekuatan kepadaku utk menerima TakdirMu ini.. hanya Engkau sebaik2 tempat aku mengadu dan memohon bimbingan.terima kasih Ya Allah kerana sentiasa ada disampingku setiap kali aku memerlukanMu.. aku mohon Ya Allah , lindungi dia Ya Allah, pelihara dia drpd kekecewaan, jauhi dia drpd org yg ingin menyakiti dia,
berilah ganti yg lebih baik buatnya, berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya..
insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu :')

Aku hambaMu ya Allah, sepenuhnya aku serahkan padaMu...

Aminn

Tidak ada komentar:

Posting Komentar